KOTA KINABALU: Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata mangsa, Zhou Chunguang, 51, ditemukan dua pelancong lain kira-kira 1.15 tengah hari, yang kemudian meminta bantuan penyelamatan daripada pengawal pantai.
Beliau berkata siasatan awal mendapati Zhou bersama isterinya memasuki pulau itu menggunakan bot pelancong kira-kira 10 pagi.
"Pada 12.45 tengah hari mangsa dikatakan mandi bersendirian manakala isterinya berada di kawasan pantai, sebelum mangsa ditemukan sekitar 30 minit kemudian.
"Mangsa kemudian dibawa naik ke pantai dan diberikan bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau berkata Zhou kemudian dibawa ke daratan untuk dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Mayat dibawa ke hospital (HQE 1) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifkasi sebagai mati mengejut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Mangsa dikatakan mandi bersendirian sebelum mangsa ditemukan sekitar 30 minit kemudian. - Gambar hiasan
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Malaysia gunakan strategi menyeluruh untuk lonjakkan ketibaan pelancong China
Warga China mudah untuk menyesuaikan diri dan merasa seperti di tempat mereka sendiri semasa lawatan mereka.
Hotel bertanggungjawab atas kematian warga China di kolam renang - Mahkamah Rayuan
Ibu bapa mangsa telah mengemukakan saman terhadap hotel berkenaan dengan menuntut ganti rugi atas kematian anak mereka.
2 warga China didenda RM50,000 guna alat komunikasi tidak diperakui
Dua lelaki warga China masing-masing didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui SKMM.
Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.
Dua remaja antara tiga direman subahat kes culik kanak-kanak
Dua remaja lelaki antara tiga ditahan semalam, dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bandar raya ini pada 12 Dis lepas.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
Dakwaan 54,000 warga China akan diberi kerakyatan Malaysia tidak benar - Fahmi
Fahmi berkata angka itu sebenarnya adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima dari 2017 hingga 2022.
Wanita China 'kahwin tipu-tipu' dengan warga Singapura dipenjara enam bulan
Cao Rongrong mengaku bersalah kerana melangsungkan perkahwinan untuk mendapatkan kelebihan dalam bentuk pas lawatan.
Rasuah: Pegawai imigresen dipenjara 10 hari, wang tunai lebih RM400,000 dilucut hak
Seorang pegawai Imigresen dipenjara 10 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah bagi melepaskan warga asing, dua tahun lepas
Banduan China bolos dari penjara Indonesia ikut longkang
Banduan itu dilihat keluar dari longkang bersebelahan penjara dan kemudian berjalan seperti biasa bagi mengelakkan dicurigai masyarakat.